GASTRIK MEMBAHAYAKAN PERUT ANDA – Bhg 1

 

.

Gastrik terjadinya pada bahagian lapisan perut kerana dinding perut atau mukosa akan menghasilkan asid yang ditugaskan mencernakan makanan yang anda makan… AWAS..! asid ni berupaya menghancurkan tulang, maka tidak hairan perut atau usus senang untuk dihakis

Namun, pada bahagian perut terdapat sel-sel yang membina lapisan perlindungan daripada terkena asid.. Dengan adanya lapisan ni, asid hanya mampu menghancurkan makanan sahaja..

Jika sel-sel (lapisan) ini tidak dapat berfungsi dengan baik ia akan mengakibatkan jangkitan bakteria sekaligus mengkakis lapisan dinding sikit demi sedikit.. Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan ULSER PERUT dan KANSER PERUT.

Walaupun gastrik bukannya satu penyakit yang serius, tapi kegagalan anda mengenal tanda-tanda gastrik terjadi, ianya membawa kesan buruk pada jangkamasa panjang.

 

Tanda-tanda Gastrik

Gastrik boleh jadi dengan cepat atau perlahan dan mengambil masa untuk menjadi tahap kronik. Sesetengah masalah gastrik boleh membawa terjadinya ulser perut dan kemungkinan tinggi mendapat kanser perut. Bagi kebanyakkan orang, gastrik adalah suatu masalah tidak serius dimana ia boleh dirawat, & disembuhkan.

Disini Abam pecah tanda-tanda gastrik mengikut tahap –

Gastrik Biasa:

  • Rasa sakit yang mencucuk pada bahagian atas perut.
  • Mual dan loya.
  • Pening dan muntah-muntah.
  • Rasa senak perut seperti terlampau kenyang.
  • Tidak ada selera makan.

Gastrik Kronik:

  • Anaemia (kurang sel darah merah)
  • Tidak bermaya.
  • Penurunan berat badan.

Antara kekerapan gastrik lebih ke arah tanda-tanda gastrik biasa dimana ianya bersifat mengkakis dan boleh mengakibatkan pendarahan disebabkan lapisan perut terdedah kepada asid.

Manakala gastrik kronik, ia tidak menunjukkan sebarang tanda..  Ini kerana ia berlaku pada sel mukosa dan kadar asid yang dikeluarkan menjadi berkurangan yang menyebabkan rasa tidak selesa pada perut akibat pencernaan makanan yang tidak lengkap.

Ini selalu dikaitkan dengan tanda gastrik angin dimana penghadaman makanan yang tidak lengkap membuatkan perut kita berasa angin.

Akibat pencernaan yang tidak lengkap ini, nutrien yang anda makan tidak dapat diserap dengan sempurna serta VITAMIN B12 tidak dapat berfungsi dengan baik yang boleh mengakibatkan kepada anaemia.

.

Ok kita sambung pada bahagian ke 2 ye..

Semoga perkongsian ni dapat berikan sedikit manfaat buat korang semua & jangan lupa share untuk kebaikan rakan-rakan anda bersama..

.

Regards by

 

 

Zairi Faiezil a.k.a AbamAdmin Info Kebaikan Multivitamin )