PETUA DAPATKAN ZURIAT

Tak semua orang Allah kurniakan rezeki anak yang cepat. Ada yang baru kahwin terus lekat. Ada yang 4-5 tahun kahwin baru dapat. Ada yang lebih 10 tahun kahwin masih belum dikurniakan zuriat.

Ape pun khas buat yang sedang TTC, Abam share sikit antara petua yang boleh diamalkan hasil daripada pembacaan Abam sendiri di page Ustazah Siti Norbahyah.

LANGKAH PERTAMA :

Setiap hari selepas Solat Subuh, suami atau isteri , atau kedua duanya sekali :

✔ Baca Bismillah 1 kali
✔ Selawat kepada Nabi 3 kali.
✔ Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.

( Umpamanya : Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

LANGKAH KEDUA :

✔ Sebelum melakukan jimak , suami zikir “Ya Mutakkabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali.

✔ Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal”
(Yang Tiada Permulaan Adanya) 333 kali setiap hari.

✔ Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

✔ Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/ surah Maryam setiap hari.

✔Amalkanlah dengan penuh harapan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat darpada-Nya.

Letakkan pengharapan yang paling tinggi semoga apa yang dihajati mendapat perhatian dari Allah InsyaAllah.

Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda semua.

Silakan SHARE jika bermanfaat. 💕

 

Regards by

Zairi Faiezil (Consultation Healty & Beauty Shaklee)